Thursday, October 2, 2014

RAHSIA LEBIH MUDA, CANTIK, YAKIN, BAHAGIA dan LEBIH DISAYANGI...

Assalammualaikum...

Salam Jumaat semua...entry kali ini saya ingin kongsikan apakah kebaikan Kolagen.

Bercerita tentang kolagen..pasti minda ada membayangkan tentang KECANTIKAN.

Ya benar..kolagan dan kecantikan amat senonim dan tidak boleh dipisahkan..kolagen banyak membantu dalam pelbagai masalah kecantikan antaranya :-

*Anti penuaan
*Melembabkan kulit yang kering
*mencerahkan kulit secara semulajadi
*Menengangkan kulit
*Menyuburkan rambut
*Meningkatkan pergerakan
*Mengembalikan keanjalan kulit

Jadi kolagen ini penting untuk semua peringkat umur dan semua jantina,

Dengan pengambilan yang konsisten anda pasti rasa MUDA, rasa CANTIK, rasa DIYAKIN, rasa BAHAGIA dan rasa LEBIH DISAYANGI...


Untuk perundingan percuma,

Hubungi saya,
Pengedar sah Shaklee kawasan Shah Alam, Klang dan Subang Jaya
Shaklee Supervisor (ID : 1145 198)
No tel : 016-6092240 (WhatsApp/Telegram/SMS/Call)
Blog : www.jomsihatcantikkaya.blogspot.com
Facebook pages :jomsihatcantikkaya

AKU JATUH CINTA LAGI WALAU SUDAH BERKAHWIN....



Aaahhh..saya jatuh cinta lagi...
terkejut!!!!

Siapa ada perasaan jatuh cinta kali kedua walau sudah berkahwin????...
Mesti susah hatikannn...kenapa pula kena jatuh cinta lagi,,,

Tapi saya tak susah hati,,,saya happy...
Senang hati, gembira dan hati berbunga-bunga....suami saya tak marah dan izinkan saya bercinta lagi..

PELIK..TAPI IA BENAR...
Sebenarnya saya jatuh cinta dengan produk Shaklee, dengan leader-leader Shaklee, dengan semuanya tentang Shaklee.



ESP PROTEIN ISOLATE POWDER - KINI BELI 6 PERCUMA 1

PROMOSI BULAN OKTOBER...

ESP PROTEIN ISOLATE POWDER - KINI BELI 6 PERCUMA 1
*************************************************************************

KINI DAPATKAN HARGA ISTEMEWA UNTUK MANAFAAT KESIHATAN YANG OPTIMUM

ESP untuk siapa???
-untuk ibu hamil
-untuk ibu menyusukan bayi
-untuk mereka yang nak diet/kurus
-untuk mereka yang nak kulit cantik/awet muka
-untuk mereka yang nak kurangkan gula dalam darah
-untuk semua

Untuk perundingan percuma,

Hubungi saya,
Pengedar sah Shaklee kawasan Shah Alam, Klang dan Subang Jaya
Shaklee Supervisor (ID : 1145 198)
No tel : 016-6092240 (WhatsApp/Telegram/SMS/Call)
Blog : www.jomsihatcantikkaya.blogspot.com
Facebook pages :jomsihatcantikkaya


SAYA BERKONVOKESYEN LAGI

SAYA BERKONVO LAGI!!!!

Alhamdullilah..saya berkonvo lagi..hihi..PHD ke??? Inshaallah PHD coming soon..

Terasa berdebar dan happy sangat apabila masuk ke dewan...dipanggil berbaris..Ya Allah ramainya umat Islam yang berjaya!!!!!..Apabila nama saya dipanggil langkah saya diatur meniti anak tangga hingga ke tengah pentas...CONGRATULATIONS... diucapkan oleh Pengarah Urusan Shaklee sambil tanganku telah memegang segulung sijil..tiada upacara bersalaman (kerana bukan muhkrim) sekadar menundukkan diri sedikit sambil tangan diletakkan disisi kiri bahu beliau sebagai tanda hormat.. ..Alhamdullilah..saya telah mengengam segulung sijil yang mengiktiraf saya sebagai SUPERVISOR di dalam Shaklee..saya berazam akan BANTU dan BANTU RAMAI LAGI ORANG...

Saya kongsikan suasana di dalam dewan, boleh dikatakan di dalam dewan ini penuh dengan suami isteri melayu..hanya 0.1% je bukan melayu..teruja saya melihat usahawan melayu yang sangat islamic berada di pentas kejayaan..Mereka terdiri daripada bekas jurutera, ustazah, ustaz, peguam, doktor dan lain-lain lagi..kagum saya melihatnya...Yang pelik lagi..anak-anak kecil dibawa bersama-sama ke atas pentas untuk turut serta bergambar dan mengambil sijil...ini baru dikatakan KONGSI KEJAYAAN..Tidak pernah saya melihat keharmonian sebegini walaupum telah banyak majlis persidangan dan anugerah telah saya hadiri di dalam mahupun luar negara...sungguh LUAR BIASA..

Ini antara amanat-amanat daripada mereka yang telah berjaya dengan gemilangnya...
1) MATLAMAT MESTI JELAS..
2) FOKUS
3) NIAT BANTU DAN BANTU ORANG LAIN
4) SENTIASA INGAT KEPADA ALLAH DAN MEMOHON HANYA KEPADA ALLAH
5) BERSAMA MENINGKATKAN EKONOMI UMAT ISLAM

Pasti bolehhhh!!!!!

Ini gambar tengah berselfie sebaik sahaja memgambil tempat di dalam dewan...dapat berjumpa leader-leader hebat yang sebelum ini hanya di alam maya..Anda semua memang hebat!!!

#MOTIVATIONandRECOGNITIONrally
#28Sept2014
#ShahAlamConventionCentre
#IamSUPERVISOR
#Alhamdullilah

Thursday, July 17, 2014

PRAY FOR MH17 - AL FATIHAH





TRAGEDI MH17 

Dari Allah kita datang dari Allah jua kita kembali....

Lewat tengah malam tadi, saya dan dunia dikejutkan dengan tragedi MH17 yang memang menyayat hari.  Kapal terbang MH17 milik kita telah disyaki ditembak dan akhirnya jatuh menyembah bumi Ukriene pada jam 10.15 malam waktu Malaysia, 17 Julai 2014.

Sedihnya dan ia begitu memberi kesan yang mendalam buat saya.  Saya bukan siapa-siapa dengan mangsa-mangsa, tapi hati ini terlalu sayu dan hiba.  Saya mengharapkan waris-waris mangsa akan sentiasa tabah dan menerima qada Allah ini dengan setenang mungkin.


Saya mengimpau kenangan saya, Amsterdam-Kuala Lumpur.  Saya pernah menjejakkan kaki di bumi Holland sebanyak 2 kali iaitu pada Dec 2007 dan terbaru Jun 2013. Kapal terbang kebanggaan Malaysia dan menjadi pengakutan udara kesayangan saya ini adalah pilihan saya.  Saya cuba mengambarkan saya di dalam kapalterbang itu, memandangkan saya sudah 2 kali ke Amsterdam dan pastinya saya tahu situasinya. Pengalaman saya, bertolak dari Schiphol Airport memang mengujakan kerana dapat menaiki kepal terbang kesayanganku Malaysian Airline dan perkara pertama di dalam fikiran saya di dalam pesawat adalah makan Nasi lemak dan nasi briani berikutan sudah lama tak merasai makanan Malaysia.  

Saya juga telah beberapa kali melalui laluan di mana kapal terbang MH17 ditembak semalam dalam beberapa sesi penerbangan ke Eropah. Laluan ini adalah laluan yang biasa dilalui menghubungkan Asia dan Eropah.  Pada ketika kejadian, saya gambarkan seolah-olah penumpang sedang makan atau baru sahaja selesai makan.

Ya Allah..saya tak boleh menahan hiba...sangat terkesan..

Al Fatihah untuk semua mangsa yang beragama Islam. 
Ya Allah lindungilah kami semua...Amin










KULIT LEBIH ANJAL DENGAN COLLAGEN POWDER


AMALAN MENJEMPUT REZEKI


Assalammualaikum...

Alhamdulillah.... Semejak mengamalakan teknik menjemput rezeki ini urusan harian saya menjadi mudah. Perniagaan saya pun makin berkembang. Jika sebelum ini saya sibuk mencari rezeki dan tercari-cari rezeki siang dan malam hingga hilang fokus terhadap ibadat wajib dan sunat. Tetapi semenjak mengamalkan teknik menjemput rezeki ini saya dilimpahi rezeki dari arah yg tidak disangka-sangka. Hari ini sahaja saya mendapat 4 berita gembira.

Kajian saya yang pertama bermula dengan keyword "Bersyukur" didalam Al-Quran sekembalinya saya dari menyertai misi kemanusiaan di Kemboja bersama sahabat saya Zikri Fuad pada tahun 2010 yang lalu (klik hari 1hari 2hari 3) . Apa yang menyebabkan saya mengkaji keyword ini adalah ekoran dari tersentuhnya hati saya apabila melihat begitu bersyukurnya seorang makcik yang saya hulurkan sedikit wang tunai berjumlah lebih kurang RM5. Walhal dengan jumlah yang sama jika diberi kepada kanak2 diMalaysia mungkin mereka kurang gembira. Ini ditambah lagi keinginan saya mengkajinya apabila saya terdengar seorang ustaz di TV9 berkongsi perkara yang sama iaitu "bersyukur".

Bermula dengan ayat berikut:

Sura 14 - Ibrahim (MAKKA) : Verse 7
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukurnescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras."

Selain dari menyelongkar isi Kitab Suci Al-Quran saya juga merujuk pada blog tertentu dan buku tulisan seorang ustaz. Berikut adalah sebahagian daripadanya amalan-amalan menjemput rezeki seperti yang dianjurkan Al-Quran dan Sunnah:-

1. Bersyukur kepada Allah 
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

2. Utamakan beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

3. Memperbanyakkan istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

4.Meninggalkan perbuatan atau amalan yang berdosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

5. Sentiasa mengingati Allah 
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

6. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

7. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

8. Menunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

9. Memperbanyakkan Selawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

10. Buat kebajikan sebanyak mungkin
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

11. Memulakan aktiviti harian seawal pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

12. Menjalin dan menghubungkan silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

13. Sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

14. Bersedekah dan infaq ke jalan Allah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

15. Mengamalkan solat tahajud
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

16. Mengamalkan solat sunat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal kepada Allah
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Secara ringkasnya untuk menjemput rezeki ialah dengan bertaqwa kepada Allah. Yakni melakukan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah laran
g.

Apa yang Terjadi Pada Tubuh Badan Semasa Kita Berpuasa?

Apa yang Terjadi Pada Tubuh Badan Semasa Kita Berpuasa?
Jantung dan darah - Darah akan kurang dipamkan ke sistem pencernaan badan. Oleh itu ia akan dihantar ke tisu-tisu badan yang lain. Selain itu, badan akan menggunakan tempoh berpuasa ini untuk mengeluarkan kolesterol yang tersumbat pada dinding-dinding saluran darah.

Paru-paru - Paru-paru akan menyerap beribu-ribu jenis toksin semasa kita bernafas. Puasa dapat membantu paru-paru menyingkirkan toksin yang berbahaya kepada tubuh badan kita.

Perut dan usus - Perut dan usus akan menggunakan masa berpuasa ini untuk mencuci dan menyingkarkan bahan-bahan buangan untuk memastikan sistem percernaan badan kembali efisien.

Hati - hati menyediakan badan dengan glikogen iaitu sumber tenaga kedua badan dan menukarkan lemak kepada gliserol ketika tiada glukosa (daripada makanan).

Ginjal - Semasa kita berpuasa, ginjal akan meningkatkan kadar dialisis iaitu proses penyingkiran garam dan air untuk menurunkan tekanan darah.
Dengan berpuasa, ia memberikan manfaat secara fizikal dan meningkatkan kesihatan badan kita ke tahap optimum.

Pesanan dari hati
As Hasni Zaini
Shaklee Supervisor ID : 1145 198
016-609 2240 (WhatApp/Telegram/Call/SMS/ WeChat)

FB : Buaian Cradle Shaklee


Instagram : buaian_cradle_vitamin

ISTIMEWA RAMADAN-SET CERGAS BERTENAGA


Kali ini saya ingin kongsikan tips untuk sentiasa cergas dan bertenaga sepanjang bulan puasa yang akan kita tempuhi esok hari. Saya sendiri sememangnya mengamalkan minuman bertenaga ini sejak hampir dua tahun yang lepas. Ia bukan sahaja dapat memberi tenaga pada waktu siang hari, tetapi juga dapat membantu kita supaya terus bertenaga untuk melaksanakan ibadah terawikh dan ibadah-ibadah lain di bulan puasa.
Terdiri daripada 3 produk asas untuk pembekalan vitamin, zat galian, tenaga dan pengekalan bendalir badan iaitu Meal Shakes (perisa Vanilla), ESP Energizing Soy Protein dan Performance Drink (Perisa Oren). Ketiga-tiga produk ini berperanan membekalkan nutrien dan keperluan harian tubuh agar terus bertenaga dan cergas sepanjang Ramadhan.
Set ini amat sesuai kepada semua termasuklah golongan tua, ibu hamil, ibu menyusu, orang yang bekerja berat, pengidap gastrik, kanak-kanak yang baru belajar berpuasa, individu yang sentiasa letih dan longlai sewaktu berpuasa dan ramai lagi.

Pesanan dari hati
As Hasni Zaini
Shaklee Supervisor ID : 1145 198
016-609 2240 (WhatApp/Telegram/Call/SMS/ WeChat)

FB : Buaian Cradle Shaklee


Instagram : buaian_cradle_vitamin

LECITHIN UNTUK KURUS


Entri kali ni saya nak kongsikan tentang kebaikan satu lagi produk ‘panas’ Shaklee iaitu Lecithin Shaklee Lecithin Shaklee sangat sinonim dengan program diet atau kuruskan badan. Kepada mereka yang ingin kuruskan badan, Lecithin Shaklee merupakan suplimen yang sangat sesuai diamalkan. Namun begitu, banyak lagi manfaat dan kebaikan Lecithin Shaklee yang anda belum tahu. Jom kita tengok lebih lanjut.


Kepentingan Lecithin :
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai ‘pemecah lemak’ (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.
 Kandungan Lecithin :
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.
 Kegunaan Lecithin :
 PALING UTAMA
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak – berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
UNTUK KAUM TUA
  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.
UNTUK PENGHADAMAN
  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
UNTUK SEL
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
  • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
Pesanan dari hati
As Hasni Zaini
Shaklee Supervisor ID : 1145 198
016-609 2240 (WhatApp/Telegram/Call/SMS/ WeChat)

FB : Buaian Cradle Shaklee
Instagram : buaian_cradle_vitamin

KEBAIKAN ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN)



Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.
 Shaklee ESP:
• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian
menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat memprosesannya.

Pesanan dari hati
As Hasni Zaini
Shaklee Supervisor ID : 1145 198
016-609 2240 (WhatApp/Telegram/Call/SMS/ WeChat)

FB : Buaian Cradle Shaklee
Instagram : buaian_cradle_vitamin

TERIMA KASIH ALLAH ATAS RAMADAN YANG BEGITU ISTIMEWA

TERIMA KASIH ALLAH ATAS RAMADAN YANG BEGITU ISTIMEWA
ALHAMDULLILAH..
Dapat saya menjalani ibadah Ramadan untuk tahun ini. Sesungguhnya bulan Ramadan ini penuh dengan BARAQAH..Saya nak kongsikan akan istimewanya Ramadan ini buat saya dan keluarga....
‪#‎Siraturahim‬ antara jiran
Untuk bulan Ramadan ini, ramai jiran berbagi makanan untuk berbuka. Seronoknya bila dapat bertukar-tukar juadah berbuka. Dan tahun ini saya dikurniakan jiran sebelah rumah yang baru dan sangat baik hati. Dan tidak lupa juga jiran lama saya kak Salina Sukor, memang sedap sambal hitam Pahang yang akak bagi semalam. Bertuahnya saya dapat kawasan kejirananan yang penyayang dan bekerjasama. Suasana ini mengimbau zaman kanak-kanak saya di Sentul bersama Suriana Megat Zabidi dan keluarganya makcik Faridah dan pakcik Megat.
‪#‎masjid‬ baru
Hari ini masjid di seksyen 7 akan dibuka dengan rasminya. Masjid ini tak jauh dari rumah kami..Inshaallah dapatlah berjemaah terawih di masjid ini. Jom bersama-sama Zairul Hasri , Awie ZainiRozaina Zana Wahab
Dapat ‪#‎bonus‬ dan pemberian ‪#‎istemewa‬ 
Alhamdullilah saya dapat bonus ‪#‎4angka‬ daripada Shaklee, dan tidak disangka-sangka juga saya dapat pemberian ‪#‎istimewa‬ ‪#‎3angka‬ daripada nenek Shaklee saya..Ya Allah banyaknya... InsyaAllah saya akan berbagi hasil rezeki ini dengan ibubapa dan adik-adik serta ‪#‎untukmuGAZA‬..Semoga ‪#‎Gaza‬ dilindingi Allah selalu dan untuk mami Tinie Badri yang penuh kasih sayang bertambah rezekinya..Amin..
‪#‎Banyak‬ lagi Allah bagi kat saya..tak sempat saya nak kongsikan dalam coretan ini..
Yang pastinya ‪#‎seronoknya‬ bulan Ramadan, pelbagai kenikmatan dan kerahmatan Allah turunkan...Sedihnya juga bila Ramadan semakin dekat menghampiri penghujungnya. Terasa banyak lagi perlu dilakukan untuk menyemarakkan bulan Ramadan ini...
Terima kasih Allah atas Ramadan yang begitu Istimewa.

RAMBUT SIHAT DAN CANTIK BEBAS KELEMUMUR


Pesanan dari hati
As Hasni Zaini
Shaklee Supervisor ID : 1145 198
016-609 2240 (WhatApp/Telegram/Call/SMS/ WeChat)

FB : Buaian Cradle Shaklee
Instagram : buaian_cradle_vitamin

SET RESDUNG DAN ALERGI


SET RESDUNG / ALERGI SHAKLEE
1) B COMPLEX
2) ALFALFA
3) VITA C

Pesanan dari hati
As Hasni Zaini
Shaklee Supervisor ID : 1145 198
016-609 2240 (WhatApp/Telegram/Call/SMS/ WeChat)

FB : Buaian Cradle Shaklee
Instagram : buaian_cradle_vitamin

Wednesday, July 16, 2014

SET KECANTIKAN SHAKLEE


SET KECANTIKAN SHAKLEE (kecantikan dalaman dan luaran)

Bila bercakap tentang kecantikan, pasti ia tidak dapat lari dalam kamus hidup kita terutamanya para wanita sama ada masih bujang ataupun dah berkahwin dan mempunyai cahayamata. Kecantikan dan wanita adalah dua perkataan yang tidak dapat dipisahkan. Namun, pelbagai longgokan kosmetik yang berada di pasaran kadang-kadang lebih banyak menipu daripada memberi kesan yang sebenarnya sehinggakan kadangkala wajah yang sebelumnya cantik telah menjadi hodoh dan kadangkala merupakan mimpi ngeri bagi kita.
Kecantikan wajah ini sebenarnya bergantung juga kepada kecantikan dalaman dan kesihatan tubuh badan. Apa kata kita rawat dan cantikkan kulit wajah kita bukannya dengan menempek kosmetik yang segala macam itu dan gantikkannya dengan mengambil vitamin? Kita akan dapat kulit yang cantik di samping dapat juga meningkatkan kesihatan tubuh badan. berikut adalah vitamin-vitamin yang termasuk dalam ‘set kulit cantik’ Shaklee..
Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri
Anda tercari-cari set kecantikan yang mempamerkan kecantikan dalaman dan kecantikan luaran??
Anda boleh cuba set Kecantikan Shaklee dimana ia terdiri daripada rangkaian suplemen bermutu tinggi aiatu ESP, B Complex, Vita C dan Vita E Complex.

Pasti wajah anda tercerlah kecantikannya dan sihat berseri. Inshaallah

Pesanan dari hati
As Hasni Zaini
Shaklee Supervisor ID : 1145 198
016-609 2240 (WhatApp/Telegram/Call/SMS/ WeChat)

FB : Buaian Cradle Shaklee

Instagram : buaian_cradle_vitamin