TRAGEDI MH17
Dari Allah kita datang dari Allah jua kita kembali....
Lewat tengah malam tadi, saya dan dunia dikejutkan dengan tragedi MH17 yang memang menyayat hari. Kapal terbang MH17 milik kita telah disyaki ditembak dan akhirnya jatuh menyembah bumi Ukriene pada jam 10.15 malam waktu Malaysia, 17 Julai 2014.
Sedihnya dan ia begitu memberi kesan yang mendalam buat saya. Saya bukan siapa-siapa dengan mangsa-mangsa, tapi hati ini terlalu sayu dan hiba. Saya mengharapkan waris-waris mangsa akan sentiasa tabah dan menerima qada Allah ini dengan setenang mungkin.
Saya mengimpau kenangan saya, Amsterdam-Kuala Lumpur. Saya pernah menjejakkan kaki di bumi Holland sebanyak 2 kali iaitu pada Dec 2007 dan terbaru Jun 2013. Kapal terbang kebanggaan Malaysia dan menjadi pengakutan udara kesayangan saya ini adalah pilihan saya. Saya cuba mengambarkan saya di dalam kapalterbang itu, memandangkan saya sudah 2 kali ke Amsterdam dan pastinya saya tahu situasinya. Pengalaman saya, bertolak dari Schiphol Airport memang mengujakan kerana dapat menaiki kepal terbang kesayanganku Malaysian Airline dan perkara pertama di dalam fikiran saya di dalam pesawat adalah makan Nasi lemak dan nasi briani berikutan sudah lama tak merasai makanan Malaysia.
Saya juga telah beberapa kali melalui laluan di mana kapal terbang MH17 ditembak semalam dalam beberapa sesi penerbangan ke Eropah. Laluan ini adalah laluan yang biasa dilalui menghubungkan Asia dan Eropah. Pada ketika kejadian, saya gambarkan seolah-olah penumpang sedang makan atau baru sahaja selesai makan.
Ya Allah..saya tak boleh menahan hiba...sangat terkesan..
Al Fatihah untuk semua mangsa yang beragama Islam.
Ya Allah lindungilah kami semua...Amin
Ya Allah..saya tak boleh menahan hiba...sangat terkesan..
Al Fatihah untuk semua mangsa yang beragama Islam.
Ya Allah lindungilah kami semua...Amin
No comments:
Post a Comment