Thursday, July 17, 2014

TERIMA KASIH ALLAH ATAS RAMADAN YANG BEGITU ISTIMEWA

TERIMA KASIH ALLAH ATAS RAMADAN YANG BEGITU ISTIMEWA
ALHAMDULLILAH..
Dapat saya menjalani ibadah Ramadan untuk tahun ini. Sesungguhnya bulan Ramadan ini penuh dengan BARAQAH..Saya nak kongsikan akan istimewanya Ramadan ini buat saya dan keluarga....
‪#‎Siraturahim‬ antara jiran
Untuk bulan Ramadan ini, ramai jiran berbagi makanan untuk berbuka. Seronoknya bila dapat bertukar-tukar juadah berbuka. Dan tahun ini saya dikurniakan jiran sebelah rumah yang baru dan sangat baik hati. Dan tidak lupa juga jiran lama saya kak Salina Sukor, memang sedap sambal hitam Pahang yang akak bagi semalam. Bertuahnya saya dapat kawasan kejirananan yang penyayang dan bekerjasama. Suasana ini mengimbau zaman kanak-kanak saya di Sentul bersama Suriana Megat Zabidi dan keluarganya makcik Faridah dan pakcik Megat.
‪#‎masjid‬ baru
Hari ini masjid di seksyen 7 akan dibuka dengan rasminya. Masjid ini tak jauh dari rumah kami..Inshaallah dapatlah berjemaah terawih di masjid ini. Jom bersama-sama Zairul Hasri , Awie ZainiRozaina Zana Wahab
Dapat ‪#‎bonus‬ dan pemberian ‪#‎istemewa‬ 
Alhamdullilah saya dapat bonus ‪#‎4angka‬ daripada Shaklee, dan tidak disangka-sangka juga saya dapat pemberian ‪#‎istimewa‬ ‪#‎3angka‬ daripada nenek Shaklee saya..Ya Allah banyaknya... InsyaAllah saya akan berbagi hasil rezeki ini dengan ibubapa dan adik-adik serta ‪#‎untukmuGAZA‬..Semoga ‪#‎Gaza‬ dilindingi Allah selalu dan untuk mami Tinie Badri yang penuh kasih sayang bertambah rezekinya..Amin..
‪#‎Banyak‬ lagi Allah bagi kat saya..tak sempat saya nak kongsikan dalam coretan ini..
Yang pastinya ‪#‎seronoknya‬ bulan Ramadan, pelbagai kenikmatan dan kerahmatan Allah turunkan...Sedihnya juga bila Ramadan semakin dekat menghampiri penghujungnya. Terasa banyak lagi perlu dilakukan untuk menyemarakkan bulan Ramadan ini...
Terima kasih Allah atas Ramadan yang begitu Istimewa.

No comments:

Post a Comment